ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Julai 2021.

1. Kes COVID-19 terus melonjak di Indonesia, hampir 30 ribu kes dilaporkan

Indonesia berterusan merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 dengan mencatatkan hampir 30,000 kes baharu, manakala 558 lagi kes kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

2. 21 cedera dalam kilang kimia meletup, terbakar di Bang Phli

Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.

3. Korban banjir lumpur di Jepun3 maut, 20 yang lain masih hilang

Angka kematian akibat tanah runtuh di Atami, Jepun meningkat kepada tiga orang, manakala 20 yang lain masih hilang. Ratusan anggota keselamatan dikerahkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga.

4. COVID-19 | Satu lagi strain baharu, lebih ganas dikesan di UK

Satu lagi strain baharu COVID-19, yang mudah menular dan lebih bahaya daripada varian Delta mula dikesan menjangkiti penduduk United Kingdom (UK) dengan enam kes dilaporkan di negara itu.

5. COVID-19: Britain cadang beri kelonggaran pemakaian pelitup muka

England berkemungkinan akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka.

6. COVID-19 | Sepanyol kembali catat peningkatan kes harian

Selepas beberapa minggu menyaksikan perkembangan positif, Sepanyol sekali lagi berdepan peningkatan kes COVID-19 di wilayah Catalunya.

7. Sisa bangunan kondominium runtuh di Miami diletupkan

Bangunan kondominium di Surfside, Florida yang runtuh 12 hari lalu dirobohkan sepenuhnya menggunakan bahan letupan.

8. Pemain golf profesional, dua lagi ditembak mati di padang golf

Seorang pemain golf profesional antara tiga yang maut dalam satu kejadian tembakan di sebuah kelab golf di Atlanta, Amerika Syarikat.

9. Angkasawan Shenzhou-12 jayakan EVA pertama

Angkasawan China berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) dan kembali ke modul teras angkasa lepas pada Ahad.

10. Kapal MV Ever Given tersekat di Terusan Suez dibenar belayar semula Rabu ini

Kapal kontena MV Ever Given yang terkandas di Terusan Suez pada Mac lalu akan dibenarkan belayar semula pada 7 Julai ini selepas penyelesaian formal dicapai berhubung pertikaian pampasan.